Sasaran Pelanggan Sasaran pelanggan ditetapkan mengikut segmentasi pelanggan yang telah di amalkan

Sasaran Pelanggan
Sasaran pelanggan ditetapkan mengikut segmentasi pelanggan yang telah di amalkan. Antaranya segmentasi demografik, segmentasi geografi dan juga segmentasi psikografi. Dari segi demografik, Starbucks telah mensasarkan golongan dewasa yang terdiri daripada golongan pekerja atasan, belia dan juga kanak-kanak. Kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada golongan pekerja dan turut dijadikan tempat perjumpaan sesuatu periagaan disebabkan suasana dalam kedai dan perkhidmatan yag disediakan. Selain itu, golongan belia turut merupakan pelanggan utama di kedai berkenaan berikutan faktor dan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Starbucks turut mearik pelanggan yang merupakan pencinta kopi dengan menawarkan kuaiti biji kopi yang bermutu tinggi, disamping suasana kedai yang dilengkapi system Wifi yang sesuai dijadikan tempat untuk bertemu. Ini bermakna, Starbucks mampu menarik golongan atasan dan mampu memperoleh kesetiaan pelanggan.

x

Hi!
I'm Harold!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out